Adakah seseorang membuat cerita yang bukan-bukan tentang anda di Internet?
Kemungkinan ini tergolong di bawah fitnah.
UNDANG-UNDANG SAMAN FITNAH
Cindy Lee Nian Cie
4/26/20251 min read


Fitnah
Apakah itu fitnah? Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, fitnah bermaksud tuduhan yang diada-adakan untuk memburukkan atau membencanakan seseorang dan lain-lain.
Di Malaysia, fitnah diperuntukkan oleh Akta Fitnah 1957.
Bagaimana saya hendak tahu jika saya telah difitnah? Secara umumnya, seseorang telah menabur fitnah ke atas anda sekiranya seseorang itu menyebar benda tidak betul tentang anda. Fitnah tersebut tidak semestinya bertulis. Jika fitnah tersebut dibuat secara lisan, ia juga tergolong sebagai suatu fitnah. Fitnah bertulis dikenali sebagai "libel" manakala fitnah lisan dikenali sebagai "slander".
Dari segi undang-undang, terdapat tiga elemen utama untuk dipenuhi untuk menjadikan sesuatu kata-kata sebagai fitnah:
kata-kata tersebut berunsur fitnah
kata-kata tersebut merujuk kepada anda
kata-kata tersebut diterbitkan kepada orang lain (pihak ketiga)
Berikut adalah soalan-soalan am yang dipertanyakan berkenaan fitnah:
(1) Posting tersebut telah dipos ke "Close Friend" Instagram Story seseorang. Adakah ia masih tergolong sebagai fitnah?
Jawapan: Ya. Tidak kira berapa ramai orang dan siapa yang telah melihat post tersebut (jikalaupun anda mendapat tahu daripada rakan anda yang merupakan "Close Friend" kepada penerbit tersebut.) Apa yang penting adalah wujudnya PENERBITAN.
(2) Seseorang telah mengepos benda tidak betul tentang saya di akaun peribadinya. Adakah ini juga dikira sebagai fitnah?
Jawapan: Ya. Tidak kira sama ada akaun tersebut adalah akaun umum atau peribadi, ianya masih dikira sebagai fitnah asalkan wujudnya PENERBITAN.
(3) Bagaimana pula dengan grup Facebook peribadi yang mana hanya ahli-ahli (member) dibenarkan memasuki grup tersebut?
Jawapan: Ya. Asalkan adanya penerbitan.
(4) Seseorang telah memanggil saya "pelacur" di tempat awam. Adakah saya boleh memulakan tindakan saman terhadapnya?
Jawapan: Ya.
(5) Adakah bahasa-bahasa kesat Malaysia berunsur fitnah?
Jawapan: Secara amnya, bahasa-bahasa kesat Malaysia boleh tergolong sebagai fitnah tetapi ianya bergantung kepada maksudnya dan pemahaman orang Malaysia terhadap kata-kata tersebut. Namun, jika kata-kata tersebut mempunyai maksud yang tidak elok, maka ia berkemungkinan mempunyai unsur fitnah.
Jikalau anda berasa atau syak anda telah difitnah, sila hubungi kami untuk mendapatkan khidmat nasihat guaman kami.