Peguam Kami

Cindy Lee Nian Cie adalah pengasas dan pemilik tunggal Tetuan Cindy Lee. Firma guaman ini telah diasaskan pada 2hb Jan 2025.

Cindy Lee mempunyai kemahiran terutamanya dalam bidang litigasi sivil. Beliau mempelajari undang-undang di Universiti Multimedia dan telah tamat belajar pada tahun 2022 dengan ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Dengan Kepujian). Beliau telah menyempurnakan latihan amalan guaman ("chambering") di bawah didikan Tetuan Reza Rahim & Rajivan (Pulau Pinang) pada tahun 2023.

Beliau sering menghadiri di Mahkamah Rendah hingga ke Mahkamah Rayuan, tribunal perumahan dan Mahkamah Perusahaan. Beliau juga mempunyai pengalaman menangani kes-kes timbang tara dan adjudikasi, terutamanya dalam pertikaian pembinaan.

Beliau berpengalaman dalam pelbagai bidang perundangan terutamanya pertikaian sivil. Beliau juga pernah melibatkan diri dalam menangani kes jenayah.

Selain daripada mewakili anakguam dalam pertikaian, beliau juga menawarkan perkhidmatan merangka dokumen seperti merangka surat pelantikan, perjanjian dan wasiat. Beliau merangka setiap deraf menurut permintaan dan kesesuaian anakguam. Beliau juga menawarkan perkhidmatan nasihat guaman terutamanya dalam mendirikan bisnes bagi memastikan kepatuhan pada undang-undang sedia ada.

Beliau fasih dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin.