Apakah itu Mahkamah Perusahaan? Adakah ianya sama dengan Mahkamah Buruh?
Tidak. Mahkamah Perusahaan dan Mahkamah Buruh adalah dua perkara yang berbeza.
UNDANG-UNDANG BURUH
Cindy Lee Nian Cie
4/26/20252 min read
Apakah itu Mahkamah Perusahaan? Adakah ianya sama dengan Mahkamah Buruh?
Mahkamah Buruh sebenarnya bukanlah sebuah "mahkamah" seperti yang kita biasa dengar dan lihat. Mahkamah Buruh biasanya berada di Jabatan Tenaga Kerja. Ia adalah bilik kecil di mana pendengaran pertikaian di antara majikan dan pekerja dijalankan. Berikut adalah perbezaan di antara Mahkamah Buruh dan Mahkamah Perusahaan:
Apakah tuntutan yang saya boleh buat di Mahkamah Buruh?
Anda boleh membuat tuntutan di bawah Akta Kerja 1955. Contoh tuntutan adalah tuntutan gaji yang tertunggak, bayaran OT, bayaran cuti sakit, bayaran cuti tahunan dan bayaran CL (casual leave). Selain daripada tuntutan berkenaan pembayaran tertunggak, Mahkamah Buruh juga mendengar tuntutan berkaitan pemecatan/pembuangan kerja (biasanya pemecatan/pembuangan atas sebab salah laku) di bawah Seksyen 14 Akta Kerja 1955.
Berapa lamakah proses untuk tuntutan di Mahkamah Buruh selesai?
Biasanya 1-3 bulan
Apakah yang Mahkamah Buruh boleh berikan di pendengaran?
Pampasan gaji
Walaubagaimanapun, berbeza dengan Mahkamah Perusahaan, Mahkamah Buruh tidak boleh membuat perintah bagi melantik kembali seseorang pekerja di syarikat majikan.
Adakah saya memerlukan peguam untuk mewakili saya di Mahkamah Buruh?
Akta Kerja 1955 tidak memperuntukkan apa-apa aturan sama ada peguam dibenarkan mewakili seseorang pekerja atau majikan sewaktu pendengaran di Mahkamah Buruh.
Jika Mahkamah Buruh bukan "mahkamah", maka siapa yang menjadi "hakim" dalam mendengarkan pertikaian antara majikan dan pekerja?
"Hakim" Mahkamah Buruh adalah Pegawai Jabatan Tenaga Kerja.
Bagaimana jika saya tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Buruh?
Pihak yang tidak berpuas hati boleh membuat rayuan kepada Mahkamah Tinggi.
Apakah tuntutan yang saya boleh buat di Mahkamah Perusahaan?
Tuntutan-tuntutan yang boleh dibuat di Mahkamah Perusahaan adalah tuntutan-tuntutan di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967, termasuklah:
pertikaian berkaitan Kesatuan Sekerja (Trade Union)
pembuangan kerja yang tidak adil atau atas tanpa alasan yang munasabah
Secara amnya, jika Mahkamah Perusahaan telah memutuskan bahawa anda telah dibuang kerja tanpa alasan yang munasabah, Mahkamah Perusahaan boleh membuat perintah supaya anda dikembalikan jawatan (reinstated) ataupun diberikan ganti rugi in lieu pengembalian jawatan, mana-mana yang difikirkan suaimanfaat oleh Mahkamah Perusahaan.
Adakah saya memerlukan peguam untuk mewakili saya di Mahkamah Perusahaan?
Secara amnya, anda tidak memerlukan peguam untuk mewakili anda di Mahkamah Perusahaan. Namun, jikalau anda ingin diwakili oleh peguam, anda perlu meminta kebenaran Mahkamah Perusahaan terlebih dahulu.
Bagaimana jika saya tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Perusahaan?
Award (terma bagi perkataan "keputusan" di Mahkamah Perusahaan) adalah MUKTAMAD dan rayuan adalah tidak dibenarkan. Hanya semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi dibenarkan.