Wasiat

UNDANG-UNDANG PROBET & HARTA PUSAKA

Cindy Lee Nian Cie

4/26/20251 min read

Wasiat

Apakah itu wasiat? Wasiat adalah suatu dokumen yang mana pewasi menyatakan hasratnya dan sebagaimana cara hartanya ingin diagihkan setelah pewasi meninggal dunia.

Di Malaysia, akta yang memperuntukkan perkara-perkara berkenaan wasiat adalah Akta Wasiat 1959 bagi bukan Muslim di Semenanjung Malaysia. [Nota: Wasiat (wasiyyah) bagi Muslim akan dijelaskan di dalam artikel yang akan datang]

Adakah anda memerlukan peguam untuk merangka wasiat? Jawapannya adalah tidak. Namun begitu, untuk memastikan wasiat anda adalah sah di sisi undang-undang, kami sarankan agar anda mendapatkan khidmat nasihat guaman dalam membantu anda merangka wasiat sah menurut hasrat anda.

Apakah syarat-syarat utama bagi merangka sesebuah wasiat? Anda haruslah:

  • berumur lebih 18 tahun

  • jelas akal & waras ketika membuat wasiat tersebut

Adakah saya boleh membuat wasiat saya secara diam-diam yang mana hanya saya sahaja yang mengetahui kandungan kepada wasiat saya? Jawapannya adalah tidak. Anda memerlukan SEKURANG-KURANGNYA 2 saksi-saksi yang hadir ketika anda membuat wasiat. Jika tidak, wasiat tersebut adalah terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang.

Apakah yang akan berlaku jika saya memilih untuk tidak membuat wasiat? Harta anda akan diagihkan menurut Akta Pembahagian 1958. Jika wasiat anda adalah ralat atau tidak sah, harta anda akan diagihkan mengikut peruntukkan dalam Akta Pembahagian 1958.